Monday 21 January 2013

Matematik....Penting ke??

Matematik.....merupakan antara subjek yang aku...erm....tak suka sangat.... Kalau nak diimbas kembali kat sekolah dulu, subjek matematik lah yang paling aku malas nak belajar ataupun buat latihan. Ummi aku seringkali berpesan kat aku yang matematik ni sangat penting dan sangat2 mempengaruhi kehidupan kita.  Aku masih ingat sewaktu aku dekat sekolah dulu cikgu aku selalu cakap" kalau awak tak suka matematik sekalipun, awak kena buat juga untuk SPM sebab ni subjek wajib. Disebabkan itu aku bersungguh-sungguh untuk skor dalam subjek matematik, alhamdulillah dapatlah A1. Erm yang add math tak de lah dapat A tapi ok je la. Alhamdulillah.. Aku tahu yang memang matematik ni  penting dalam kehidupan tapi diri aku ni je yang tak berapa nak minat....nak buat macam mane kan....

latihan matematik....erm rindulah pulak nak buat....

Bila dah masuk Uiam , ambil pula LAWS, mana nak adanya matematik, nombor pun tak nampak dah. Kalkulator pun aku dah lama tak pegang. Kalau waktu sekolah menengah dulu, every second and every minute pegang kalkulator, over la pulak, hehe. Yelah waktu prep je buat latihan mode math ke or add math ke. Sekarang ni, tak de lagi dah macam tu. Scientific calculator tu pun ak dah lupa nak tekan macam mana. Hehe. Kadang-kadang adik aku tanya, aku tolong je la mane yang aku ingat. Alhamdulillah masih ingat sikit la ilmu matematik tu. Akhirnya Ummi aku juga yang lagi banyak ingat formula math daripada aku. Malu lak aku...hehe..
buku KH form 2 dan matematik

Ape yang aku rase sekarang ni, macam rindu pulak nak belajar matematik, Yelah dulu matematik ada depan mata, macam malas nak belajar. Sekarang ni dah takde, baru nak belajar. Biasalah, manusia ni, apa yang ada depan mata, dia tak nampak atau tak peduli, tapi apa yang jauh baru dia nampak. Bila aku dah meningkat dewasa ni, baru aku betul-betul sedar yang matematik ni atau ilmu apa sekali pun sangat-sangatlah penting dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap ilmu ni ada kelebihan masing-masing dan disebabkan itulah tokoh Islam terdahulu seperti Al Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al Biruni dan lain-lain. Mereka bukan hanya mahir dalam satu bidang ilmu tapi pelbagai cabang atau bidang ilmu yang mereka mahir.

Scientific calculator....rindunye, dah lame tak pakai...


Sebagai contoh, Al Khawarizmi adalah seorang yang pakar matematik dan beliau telah menghasilkan pelbagai konsep matematik yang digunakan sampailah pada masa sekarang ni. Contohnya Al Khawarizmi  yang mengasaskan algebra dan beliau jugalah yang memperkenalkan sistem angka India  yang kini dikenali angka Arab. Tapi Al Khawarizmi ni juga mahir dalam bidang astronomi, geometri dan banyak lagi. 
Ibn Sina sebagai contoh juga adalah seorang yang pakar perubatan tapi beliau juga mahir dalam bidang lain, contohnya bidang falsafah, astronomi, matematik dan banyak lagi.Ini menunjukkan yang tokoh Islam terdahulu mereka pakar dalam banyak bidang. 

Bila tengok semua tokoh-tokoh Islam yang dulu, aku jadi malu dengan diri aku. Yelah tokoh-tokoh ni semua bidang diorang mahir bukan setakat matematik tapi banyak lagi bidang. Aku ni dulu waktu sekolah pun tak suka sangat belajar matematik tapi tokoh2 Islam ni bukan setakat suka tapi mereka ni bagi contribution dengan matematik tu sendiri dan jugak bidang-bidang yang lain. Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda:" Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah)". (HR. Ibnu Majah). Berdasarkan hadis ni kita dapat lihat bahawa seorang muslim itu wajib baginya untuk menuntut ilmu. Nabi juga ada bersabda :"Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”(Bukhari) 
aku dengan auzaie ni tengah study ape la tu...erm..

Semua ilmu yang bertepatan dengan syarak sangat-sangatlah berguna dalam kehidupan kita dan sangat-sangatlah penting. Jadi menjawab persoalan dalam tajuk entri aku kali ni, Matematik sangat-sangat penting dalam hidup kita ni dan janganlah sesekali kita lupa ilmu ni. Ini termasuk juga semua ilmu ,bukan setakat matematik saje, kerana semua ilmu ini memainkan peranan masing-masing . Dengan syarat ilmu tu mestilah bertepatan dengan syariah. Semuanya penting. 

rajin kawan aku faliq ni study ye..study elok2...


Jadi aku rase walaupun, sekarang ni aku dah dekat U, ambil Laws, tapi tak semestinya aku tak blh belajar matematik kan ataupun ilmu yang lain.. Jadi aku ingin menasihatkan DIRI NI sendiri dan sahabat2 aku yang kat luar sana tu, walaupun ada diantara korang yang tak suka matematik ke atau pun sains ke ataupun ape-ape bidang ilmu skali pun, INGATLAH bahawa menuntut ilmu itu sangat penting dan dituntut dalam Islam. Jadi jangan hadkan diri kita dengan satu bidang ilmu je, belajarlah jugak ilmu lain, walaupun kita dalam bidang yang lain. Ilmu Allah di muka bumi ni sangat luas, rugi sangat3 kalau kita tak tuntut.
khalis dgn aku tgh study same...khalis sampai tersonyum yo...bagusla...belajar kerana Allah..

 Rasanye sampai sini jelah kot entri aku kali ni...Ape yang baik tu datang dari Allah dan ambillah pengajaran dan iktibar. Ape yang buruk itu datang dari diri sendiri yang kekurangan ilmu ni dan harap dijadikan sempadan. Assalamualaikum...:) Jumpa  di entri yang lain pulak nanti....Insya allah....



Saturday 19 January 2013

CUTI SEM

Assalamualaikum wbt....

Sejujurnya sewaktu tangan ni mula-mula nak menaip, agak sukar sedikit sebab tak tahu nak tulis apa. 

Tapi lepas fikir sejenak, rasa nak mula buat blog la pulak. Yelah tengah cuti kan takde ape benda nak buat baik buat blog. Jadi terciptalah entri pasal cuti sem memandangkan sekarang aku sedang cuti sem.:)

Bila cakap pasal cuti sem mesti dekat fikiran orang-orang kat luar sana mesti lama dalam sebulan lebih or plus-plus camtu ke....tapi kat Uiam takdenye nak merasa cuti panjang-panjang macamtu. Paling lama pun dalam 2 atau 3 minggu...sikit kan...Tapi nak buat camne, dah Uiam yang menjadi pilihan hatiku untuk tempat sambung belajar, takpelah, yang penting belajar bukan cuti...hehe...

Yang paling seronok tentang cuti sem ni semestinyalah dapat berjumpa dengan keluarga tercinta aku...Ummi, Ayah, adik dan bangah. Yelah dah berapa lama tak jumpa dengan keluarga kesayangan aku. Rindu sangat-sangat.:)

Sem ni sepatutunya ak bercuti dari 14 Januari sampailah 3 Februari, tapi sebabkan ada program terpaksalah balik ke Uiam 29 Januari ni, awalnya, tapi takpelah sebab ada program punya pasal.  Kenalah buat pengorbanan sikit.

Sekarang ni dah 20 Januari dah, jadi masih ada lagi tinggal dalam 9 hari lagi untuk aku bercuti di rumah dan  disebabkan cuti yang agak pendek ni mestilah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dalam Al Quran Surah Al Asr ayat 1 sampai 3 Allah telah berfirman :



yang bermaksud : 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar'

Jadi aku berazam, cuti yang tinggal dalam lebih kurang seminggu lebih ni akan ak cuba manfaatkan, insya allah. Harap-harap dapatlah terhindar dari perkara-perkara yang tak berfaedah dan sia-sia waktu cuti ni :) Jadi sahabat-sahabatku diluar sana, marilah kita buat perkara yang bermanfaat cuti ni ye.....:)

Kita sebagai manusia di muka bumi ini diciptakan oleh Allah bukan untuk saja-saja tapi adalah untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini dan juga untuk beribadah pada Allah. Jadi cuti-cuti ni pun kira ibadah jugak jika dilakukan bertepatan dengan syarak.

Rasanya sampai sini jelah aku bercerita pasal cuti sem kali ni, takda benda sangat nak cerita memandangkan baru lagi cuti. Takpe insya allah dah lama sikit cuti nanti, adalah entri lain mungkin pasal cuti sem ni yang akan menyusul, insya allah. :)